Apakah Web Portal UUM?
Web portal adalah merupakan suatu
sistem aplikasi berasaskan web yang dibangunkan untuk membolehkan maklumat serta
perkhidmatan yang wujud di UUM boleh dicapai dan digunakan melalui internet.
Capaian
terhadap maklumat serta perkhidmatan yang disediakan adalah berasaskan kebenaran yang
diberikan kepada pengguna Web Portal UUM yang berdaftar. Secara umumnya maklumat dan
perkhidmatan yang boleh dicapai melalui Web Portal UUM mempunyai ciri-ciri seperti
maklumat umum bersifat statik dan dinamik, sistem aplikasi bersifat gunasama, sistem
aplikasi khusus, perkhidmatan khusus untuk staf dan pelajar, login keselamatan dengan
menggunakan pengenalan pengguna dan kata laluan sebagai asas
capaian. Pengguna Web Portal boleh dikategorikan kepada pelajar, staf dan pengguna yang
berdaftar.
Teknologi Pembangunan
Web Portal
Web
Portal UUM dibangunkan dengan menggunakan produk Sybase yang terdiri daripada:
·
EA Server = Jaguar CTS + Power Dynamo
· Jaguar CTS (Component Transaction
Server)
· Power Dynamo Dynamic Web Page Server
Capaian Web Portal UUM
Melalui
laman ini pengguna perlu memasukkan login
pengguna dan kata kunci yang boleh dicapai pada menu Login. Bagi pengguna Web Portal untuk pertama kali dan berada di UUM sebelum tahun 2002.
Login Pengguna yang digunakan adalah no pekerja/ no matrik. Manakala katakunci adalah no
kad pengenalan baru / lama. Bermula tahun 2002, staf atau pelajar perlu mendaftar sebagai
pengguna Portal menggunakan menu Daftar Portal. Pengguna boleh menukarkan login pengguna
dan katakunci melalui menu yang disediakan setelah login dibuat. Setelah menukarnya
pengguna perlu menggunakan login dan katakunci baru untuk login.
Jika
pengguna terlupa katakunci, klik pada menu Lupa Password dan jawab soalan rahsia untuk
mendapatkan password. Berikut adalah skrin Login Pengguna:

UUMku
Laman
ini memaparkan maklumat umum UUM seperti sejarah penubuhan, objektif, piagam, organisasi,
kampus, logo, cokmar, pegawai, ahli Lembaga Pengarah, Senat, Profesor Adjung, Profesor
Emeritus, pihak berkuasa, maklumat staf dan sekolah/jabatan.
Akademik
Maklumat
berkaitan struktur akademik UUM yang menjelaskan tentang program-program yang ditawarkan
oleh setiap sekolah di UUM. Maklumat yang terdapat di sini dipantau oleh pihak HEA.
Pelajar
Laman
yang memaparkan maklumat pelajar contohnya maklumat berkaitan biasiswa/pinjaman, etika
pakaian,kebudayaan, badan pelajar, ciri kesiswaan, kerohanian, yuran, kemudahan kesihatan,
sukan, penginapan dan sistem bas kampus. Maklumat ini dipantau oleh pihak HEP.
E-Aplikasi
Laman
ini membolehkan pengguna melayari sistem aplikasi Universiti melalui internet.
Sistem-sistem ini pada asasnya telah pun beroperasi secara client/server. Transaksi
melalui web membolehkan ianya dicapai dengan lebih terbuka tanpa mengira masa dan tempat
capaian. Contohnya:
1. Sistem Personel
(PERSIS)
Maklumat staf boleh dicapai dan dikemaskini
oleh staf secara online. Hanya maklumat yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftar sahaja boleh dipaparkan.
Contohnya Profail kakitangan, cuti , kemaskini maklumat kakitangan dan
lain-lain lagi.
2. Sistem Rekod Pelajar (ASIS)
Sistem ini boleh dicapai oleh staf akademik, pihak
HEA dan juga pelajar secara online. Antara maklumat yang boleh dicapai ialah:
Kemasukan Markah Pensyarah dan Kemasukan
Markah Praktikum
- yang membenarkan hanya penyarah mengakses dan memasukkan markah pelajar secara online.
Proses mengira keputusan peperiksaan pelajar akan dibuat oleh HEA.
Mentor-mentee yang memaparkan maklumat pelajar
seperti biodata pelajar, keputusan peperiksaan, sejarah pelajar,tindakan disiplin, jadual
kuliah pelajar yang boleh dicapai untuk memudahkan mentor
menasihat mentee. Maklumat Peribadi pelajar juga boleh dicapai oleh pelajar
untuk melihat keputusan peperiksaan, jadual mentor, maklumat dari HEA, jadual kuliah dan
lain-lain lagi.
Selain itu, terdapat juga maklumat
seperti senarai pelajar praktikum,
pendaftaran kursus untuk kolej kerjasama, Biodata Pelajar (PHA), Kemasukan Markah (Program
Kerjasama) dan sebagainya.
3. Lain-lain
Sistem Aplikasi
Lain-lain
sistem aplikasi yang boleh dicapai melalui Portal adalah seperti Sistem Aduan
Pengguna(Pusat Komputer), Sistem IFAS membolehkan staf menyemak kepada Jabatan
Bendahari status tuntutan, pinjaman PC dan kenderaan serta pendahuluan yang dipohon. Sistem
Siswazah(GAIS) yang memaparkan Biodata Pelajar Siswazah dan Biodata Pelajar
Antarabangsa. Sistem Mesyuarat Online yang boleh diakses oleh Senat. Sistem
Akaun Pelajar untuk melihat penyata akaun pelajar dan juga Sistem HEP (SAIS)
yang memaparkan maklumat kolej pelajar juga disediakan untuk capaian
pengguna tertentu.
Penyelidikan
Memaparkan
maklumat-maklumat penyelidikan yang dijalankan oleh sekolah-sekolah dan institut di UUM.
Kalendar
Laman
yang boleh melihat dan merekod aktiviti masing-masing dalam kalendar. Maklumat yang
direkod boleh dicapai oleh individu, pusat tanggungjawab atau umum. Makluman yang direkod
juga boleh diemail kepada staf khusus.
E-Mail Group Web
Melalui
kemudahan ini warga UUM boleh mengakses Group Web secara
terus tanpa perlu memasukkan login dan katakunci.Walaubagaimanapun , login dan katakunci
Group Web perlulah sama dengan login dan katakunci portal.
Carian Staf/ Carian
Pelajar
Laman
ini menyediakan kemudahan untuk pengguna portal mendapatkan
maklumat staf dan pelajar. Maklumat yang dipaparkan adalah nama staf, jabatan, jawatan,
bahagian, nombor telefon pejabat dan alamat e-mail, dan juga biodata pelajar .
Pekeliling Perkhidmatan/
Pekeliling Perbendaharaan
Laman
yang memudahkan pengguna menyemak pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia.Pekeliling ini diuruskan oleh Pihak Pendaftar
dan memaparkan maklumat terkini.
Pertanyaan Portal
Laman ini menyediakan kemudahan untuk pengguna bertanya soalan berkaitan Web Portal jika mereka menghadapi masalah.
Pihak Portalgroup akan menjawab soalan berkaitan portal sahaja dan tidak menjawab soalan yang sama secara berulangkali. Pengguna dikehendaki merujuk soalan yang disoal oleh pengguna lain.
Panduan Telefon
Mengandungi
maklumat penggunaan telefon di pejabat, carian mengikut jabatan, carian mengikut jawatan
dan carian mengikut nama. Maklumatnya lebih lengkap kerana mempunyai alamat tetap staf UUM
dan mengikut bahagian staf.
Untuk maklumat lanjut , sila hubungi:
Pengarah
Pusat Komputer
Universiti Utara
Malaysia
06010,Sintok,
Kedah
Tel: 04-9285141
Fax: 04-9285170
Email:
portalgroup@uum.edu.my