Menutama

akademik.jpg pelajar

e-aplikasi

   

Akademik Kalendar Aktiviti Pelajar

Portal Komuniti

   

Muka Depan| Hubungi Kami | Ringkasan Hompej | Kemudahan & Pembangunan Fizikal | Laman Web Staf

sms.gif (6330 bytes)

smartcard2.gif (6330 bytes)

knb.jpg (6330 bytes)

Carian Penyelidikan UUM  
Alumni UUM
UUM PORTAL
::Penuh::
 

"TIADA PERATURAN WAJIB PAKAI BAJU KURUNG"- DR FAIZ

22 JULAI 2007/ 7 REJAB 1428H
==========================
"UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA"
(FIRST CHOICE UNIVERSITY)

PROUUM ONLINE, 22 JULAI: UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) tidak mengeluarkan peraturan baru mengenai kod etika pakaian, termasuk mewajibkan setiap pelajar perempuan memakai baju kurung.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof Madya Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid menjelaskan, kod etika pakaian termasuk mewajibkan lelaki memakai tali leher sudah dilaksanakan sejak universiti ini ditubuhkan.

Menjelaskan kepada wartawan akhbar berbahasa Cina di Jabatan Hal Ehwal Pelajar pagi ini, Dr Faiz berkata, UUM juga tidak menghalang pelajarnya memakai baju kurung dan pakaian lain termasuk seluar, asalkan ianya bersopan.

"Kebanyakan pelajar lama dan pensyarah sudah memahami mengenai kod etika berpakaian dalam kampus dan ianya bukan sahaja terpakai kepada pelajar kaum Cina tetapi semua kaum, termasuk pelajar antarabangsa.

"Mungkin ada yang salah faham mengenai satu poster mengenai kod etika berpakaian dan untuk mengelak salah faham itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan menggantikan dengan poster baru," katanya.

Hari ini hampir semua akhbar berbahasa Cina menyiarkan satu berita mengenai kod etika pakaian UUM yang dikatakan mengharamkan pelajar kaum Cina memakai seluar panjang, malah mewajibkan memakai baju kurung.

Dr Faiz berkata, universiti tidak membuat peraturan yang akan mendiskriminasikan mana-mana kaum, sebaliknya peraturan yang dibuat demi kebaikan keseluruhan pelajar tanpa mengira kaum, keturunan atau agama.

"Oleh itu peraturan yang dibuat adalah untuk memastikan pelajar berpakaian yang tidak terlalu menjolok mata. Pelajar dibenarkan memakai skirt, seluar `slack' manakala bagi lelaki mestilah bertali leher sesuai dengan universiti ini yang mengutamakan dunia pengurusan dan korporat," katanya.

Dr Faiz berkata, beliau sendiri akan berjumpa dengan semua pelajar baru mulai minggu depan untuk menjelaskan apa sahaja isu berkaitan dengan pelajar.

"Tahun lalu saya sudah mengadakan perjumpaan dari satu kolej kediaman ke satu kolej kediaman pelajar untuk berjumpa dan berdialog dengan mereka. Kami di HEP memang propelajar, jadi apa sahaja masalah pelajar akan kami atasi sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM, Idzuafi Hadi Kamilan turut bersetuju dengan langkah Jabatan Hal Ehwal Pelajar menggantikan poster yang mungkin menimbulkan kontroversi.

"Etika pakaian rasmi adalah bertujuan membiasakan pelajar dalam etika pakaian yang bakal kami hadapi semasa bekerja pada masa akan datang.

"Dalam budaya korporat hari ini, pekerja perempuan memang diizinkan memakai baju kurung dan pakaian yang kemas, sopan dan tidak menjolok mata," katanya.

End.

DARIPADA :
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-9283014 / 3066 / 4078
FAX : 04-9283016
E-MAIL: prouum@uum.edu.my



   
Berita Utama
Perkim UUM Menang Kepimpinan Cemerlang
Dua Profesor UUM Dinaikkan Pangkat Ke Gred Khas (VK6)
Mewariskan negara yang kuat untuk generasi akan datang – Mustafa
UUM Hargai Petugas Di Sempadan
Akhbar Transisi UUM Agih Bubur Lambuk
Anjur Program 'High Impact' Tingkat Reputasi Universiti
21 mahasiswa dari BSRU, Thailand seronok belajar di UUM
50 Penduduk Terima Sumbangan Daripada SerindIT UUM
Puasa Bukan Penghalang Konvoi Merdeka
Laksana Tanggungjawab - Prof. Dr. Rosna
Masjid Bukit Kachi Diberi Nama Masjid Al-Shafie
Lancar Buku Dr. Adam D. Tyson
Mesti Gerak Model Baru Ekonomi (MBE) - Sulaiman Mahbob
Prof Rushami Bentang Aspek Kelestarian Organisasi
Mustafa Terajui YDP SMSAH
UUM Dipilih Tapak Pelancaran Suzuki Alto
TNC (A & A) Dan TNC (P & I) Baharu UUM Dilantik
Perjuangan UUM Sebagai RU Pertama Dalam Pengurusan Dan Sains Sosial
CIAC Terima Kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh
Malaysia Hub Kecemerlangan Pengajian Tinggi
Perpustakaan Hibrid Bukti Ledakan Teknologi Maklumat
Azlina Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Baharu UUM
ResInEx2010 Rangsang Budaya Inovasi

Hebahan
ESOK: MAJLIS PELANCARAN BUKU AKADEMIK PROF. DR. CHE SU MUSTAFFA
SUMBANGAN DERMA UNTUK MANGSA BANJIR PAKISTAN
PENUTUPAN SEMENTARA GALERI INFO UUM / TEMPORARY CLOSURE OF THE INFO GALLERY UUM
(A.K.H.I) AKTIVITI KAMPUS HARI INI 30 OGOS 2010
2 SEPTEMBER: MAJLIS PELANCARAN BUKU AKADEMIK PROF. DR. CHE SU MUSTAFFA
28-29 OGOS: DPP TNB ANJUR PROGRAM ‘MERDEKA DI BULAN RAMADAN’
25 -27 OGOS: PENGGAMBARAN 'VIDEO-CLIP' LAGU HARI RAYA AIDILFITRI UUM
(A.K.H.I) AKTIVITI KAMPUS HARI INI 24 OGOS 2010
ESOK: DPP BANK RAKYAT ANJUR BENGKEL MEMBUAT BLOG
HARI INI: MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YB DATO' WIRA MOHD JOHARI BAHAROM
DPP SME BANK ANJUR "SETULUS KASIH RAMADAN"
PAMERAN 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
11.00 PAGI INI: RAPTAI PEMASYHURAN MASJID BUKIT KACHI DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KDYMM TUANKU
UUM LECTURERS AT INTERNATIONAL CONFERENCES IN AUGUST 2010
RABU INI: PEMASYHURAN MASJID BUKIT KACHI DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KDYMM TUANKU CANSELOR
DPP MAS JEMPUT PELAJAR TAHFIZ IMAM TARAWIH
MULAI 15 OGOS: PAKAIAN KEBANGSAAN
19 OGOS: SYARAHAN PENGUKUHAN PROFESOR DR. RUSHAMI ZIEN YUSOFF
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL–MUBARAK
8.15 MALAM INI: NC UUM SECARA LANGSUNG DI ‘AGENDA AWANI’
bottom.stm

©2006 Hak Cipta Terpelihara

Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok,  Kedah DA, Malaysia

Tel:604-9284000, Faks: 604-9283016

E-Mail :prouum@uum.edu.my