Menutama

akademik.jpg pelajar

e-aplikasi

   

Akademik Kalendar Aktiviti Pelajar

Portal Komuniti

   

Muka Depan| Hubungi Kami | Ringkasan Hompej | Kemudahan & Pembangunan Fizikal | Laman Web Staf

sms.gif (6330 bytes)

smartcard2.gif (6330 bytes)

knb.jpg (6330 bytes)

Carian Penyelidikan UUM  
Alumni UUM
UUM PORTAL
::Penuh::
 

Graduan Undang-Undang UUM Layak Jalani Latihan Dalam Kamar

16 APRIL 2009 / 20 RABIULAKHIR 1430H
===============================
"UUM: UNIVERSITI PILIHAN UTAMA"
(FIRST CHOICE UNIVERSITY)

PROUUM ONLINE, 16 April: Graduan program Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) kini layak menjalani latihan dalam kamar, apabila Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia memberi kelulusan tersebut minggu lalu.

Penolong Naib Canselor UUM College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) Prof Madya Dr Asmah Laili Yeon berkata, kelulusan itu membolehkan graduan UUM diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara.

Bagaimanapun, katanya, semua graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian (LL.B) (Hons) UUM perlu menunggu sehingga keputusan itu diwartakan seperti termaktub dalam Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166).

"Selepas pemberitahuan tersebut diwartakan dan berkuatkuasa yang dijangka dalam seminggu dua ini, para graduan Undang-Undang UUM dianggap sebagai 'orang yang berkelayakan' bagi maksud Akta 166 di mana graduan Undang-Undang UUM boleh menjalani latihan dalam kamar atau chambering.

"Graduan UUM yang telah menamatkan pengajian mereka hanya perlu menunggu notifikasi daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang membuat notifikasi terlebih dahulu," katanya.

Sebelum ini graduan Undang-Undang UUM tidak dibenarkan untuk menjadi peguambela atau peguamcara, walaupun Program Undang-Undang ini telah mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 26 Oktober 2007.

Oleh sebab program profesional ini perlu menunggu kelulusan dari Lembaga Profesion Undang-Undang Malaysia, graduan sulung UUM tidak dibenarkan untuk membuat latihan dalam kamar, sekali gus tidak boleh menjadi peguam bela atau peguamcara.

Dr Asmah berkata, kelulusan ini memberi kelegaan kepada graduan sulung yang dikeluarkan UUM tahun lalu dan pelajar Undang-Undang UUM.

Dr Asmah berkata, kelulusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang ini memberi kelegaan kepada semua graduan, pelajar dan ibu bapa.

"Pelajar, ibu bapa dan graduan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia dan semua Jawatankuasa Pengiktirafan kerana meletakkan program undang-undang UUM setaraf dengan universiti lain.

"Pihak Universiti berharap dengan kenyataan ini dapat menyelesaikan isu dan dilema berkaitan graduan Undang-Undang UUM yang menghadapi kesukaran dalam kerjaya bidang guaman," katanya.

Habis.
DARIPADA :
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-9283014 / 3066 / 4078
FAX : 04-9283016
E-MAIL: prouum@uum.edu.my



   
Berita Utama
Perkim UUM Menang Kepimpinan Cemerlang
Dua Profesor UUM Dinaikkan Pangkat Ke Gred Khas (VK6)
Mewariskan negara yang kuat untuk generasi akan datang – Mustafa
UUM Hargai Petugas Di Sempadan
Akhbar Transisi UUM Agih Bubur Lambuk
Anjur Program 'High Impact' Tingkat Reputasi Universiti
21 mahasiswa dari BSRU, Thailand seronok belajar di UUM
50 Penduduk Terima Sumbangan Daripada SerindIT UUM
Puasa Bukan Penghalang Konvoi Merdeka
Laksana Tanggungjawab - Prof. Dr. Rosna
Masjid Bukit Kachi Diberi Nama Masjid Al-Shafie
Lancar Buku Dr. Adam D. Tyson
Mesti Gerak Model Baru Ekonomi (MBE) - Sulaiman Mahbob
Prof Rushami Bentang Aspek Kelestarian Organisasi
Mustafa Terajui YDP SMSAH
UUM Dipilih Tapak Pelancaran Suzuki Alto
TNC (A & A) Dan TNC (P & I) Baharu UUM Dilantik
Perjuangan UUM Sebagai RU Pertama Dalam Pengurusan Dan Sains Sosial
CIAC Terima Kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh
Malaysia Hub Kecemerlangan Pengajian Tinggi
Perpustakaan Hibrid Bukti Ledakan Teknologi Maklumat
Azlina Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Baharu UUM
ResInEx2010 Rangsang Budaya Inovasi

Hebahan
ESOK: MAJLIS PELANCARAN BUKU AKADEMIK PROF. DR. CHE SU MUSTAFFA
SUMBANGAN DERMA UNTUK MANGSA BANJIR PAKISTAN
PENUTUPAN SEMENTARA GALERI INFO UUM / TEMPORARY CLOSURE OF THE INFO GALLERY UUM
(A.K.H.I) AKTIVITI KAMPUS HARI INI 30 OGOS 2010
2 SEPTEMBER: MAJLIS PELANCARAN BUKU AKADEMIK PROF. DR. CHE SU MUSTAFFA
28-29 OGOS: DPP TNB ANJUR PROGRAM ‘MERDEKA DI BULAN RAMADAN’
25 -27 OGOS: PENGGAMBARAN 'VIDEO-CLIP' LAGU HARI RAYA AIDILFITRI UUM
(A.K.H.I) AKTIVITI KAMPUS HARI INI 24 OGOS 2010
ESOK: DPP BANK RAKYAT ANJUR BENGKEL MEMBUAT BLOG
HARI INI: MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YB DATO' WIRA MOHD JOHARI BAHAROM
DPP SME BANK ANJUR "SETULUS KASIH RAMADAN"
PAMERAN 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
11.00 PAGI INI: RAPTAI PEMASYHURAN MASJID BUKIT KACHI DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KDYMM TUANKU
UUM LECTURERS AT INTERNATIONAL CONFERENCES IN AUGUST 2010
RABU INI: PEMASYHURAN MASJID BUKIT KACHI DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KDYMM TUANKU CANSELOR
DPP MAS JEMPUT PELAJAR TAHFIZ IMAM TARAWIH
MULAI 15 OGOS: PAKAIAN KEBANGSAAN
19 OGOS: SYARAHAN PENGUKUHAN PROFESOR DR. RUSHAMI ZIEN YUSOFF
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL–MUBARAK
8.15 MALAM INI: NC UUM SECARA LANGSUNG DI ‘AGENDA AWANI’
bottom.stm

©2006 Hak Cipta Terpelihara

Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok,  Kedah DA, Malaysia

Tel:604-9284000, Faks: 604-9283016

E-Mail :prouum@uum.edu.my